Bunga Rafflesia
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan
berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia
dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7
kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir
Stamford Raffles dan Dr
Joseph Arnold pada tahun 1816.
Bunga Pakma spesies itu diberi namaRafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu
dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga
rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.
Ciri-ciri
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak
oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan
dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang
boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan.
Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak
aktiviti dan kurang di kawasan lain.
Ciri-ciri
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada
hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk,
dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak
mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi
menghasilkan gula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk
menyerap air dan mineral dari
tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang
kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini
menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu
manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari
perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.
Selalunya apa yang kita lihat adalah
kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini,
kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau
biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah
kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan
bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan
daging atau bangkai yang reput.
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini
menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan
benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa
lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi
membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan
perumah.
Baobab
No comments:
Post a Comment