Saturday, June 2, 2012

Bunga Orkid

          
              Dendrobium Hybrid





                                      Robiquetia Spatulata




          Coelogyne Fimbriata



                             Rhyncholaeliocattleya Pollyana




Bunga Orkid

Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) ialah famili terbesar pohon berbunga (Angiosperma).[1][2]. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.

Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000)[3] disebabkan pertikaian taksonomi.

Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zamanCretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.



Thursday, May 31, 2012


Pokok Ara Jejawi





Pokok Ara Jejawi atau Jejawi (genus Ficus, subgenus Urostigma) adalah subgenus kebanyakan spesies pokok ara tropika dengan sifat pertumbuhan yang pelik. Ia adalah pokok besar yang mula tumbuh sebagai biji benih yang tumbuh di atas pokok lain (atau binaan seperti bangunan atau jambatan), dimana burung yang makan benih ara meninggalkan biji benihnya. Akarnya melilit turun dari batang pokok hos, mencari tanah di bawah. Apabila ia mencecah tanah, akar pokok ara dengan cepat membesar dan mempulur. Di mana akar ara melintas sesama sendiri, ia bercantum, membentuk jaringan di sekeliling pokok hos. 


Pokok Ara bersaing dengan pokok hos bagi mendapatkan cahaya, air dan galian, sementara akarnya menghalang pokok hos membesar. Akhirnya pokok hos mati dan reput, meninggalkan pokok Ara berdiri tegak seperti pokok yang lain, tetapi dengan batang berjalin dari akar mengaku, dan bukannya batang padu.

Satu lagi ciri-ciri luar biasa bagi Jejawi adalah keupayannya menghasilkan akar udara ("adventitious") dari dahannya. Ciri-ciri menghasilkan akar udara membenarkan sebatang pokok untuk melitupi kawasan yang luas. Satu pokok Jejawi yang ditanam pada tahun 1873 di Perangkarang mahkamah Lahaina di Hawai, kini tumbuh dan menutupi dua per tiga ekar.

Sebagaimana ahli lain dalam genus ini (yang termasuk ara boleh dimakan biasa Ficus carica), Jejawi memiliki buah unik dan proses ini dibantu oleh serangga; lihat Pokok Bayam bagi perincian.

Ia berasal dari IndiaPakistan dan Sri Lanka, tetapi telah diimport ke kawasan tropika lain. Ia juga merupakan pokok kebangsaan India. Pokok Jejawi pertama di Amerika Syarikat di tanam oleh Thomas Alva Edison di Kubu Myers, Florida. Ia diberikan kepada Edison oleh Harvey Firestone selepas Firestone melawat India pada tahun 1925 dan ditanam di Ladang Edison dnd Ford Winter. Pokok itu, asalnya hanya 4 kaki tinggi kini melitupi 400 kaki.





    Bunga Liar






Bunga liar, termasuk bunga daisi yang tahan lama, menjadikan kawasan rumput savana yang kering di Australia hamparan warna mengikut musim. Dari bulan Jun hingga bulan September, kelihatan lebih daripada 12,000 spesies bunga liar berkembang merentasi Australia Barat. Dari hujung bulan Ogos hingga ke pertengahan bulan Oktober lebih daripada 100 jenis bunga liar boleh kelihatan di Pulau Kangaroo di Australia Selatan, ini menjadi keunikan pulau ini. Di Alps Australia, padang rumput alpine terhias dengan kuntuman billy button kuning, pokok bercetusan merah jambu serta bunga daisi berwarna perak dan putih sebaik sahaja salji mencair.

Flora Australia yang unik termasuk Proteaceae dari keluarga Banksia (bottlebrush), Grevillea dan Telopea (waratah). Kira-kira 80 peratus tumbuh-tumbuhan dan hampir semua spesies Proteaceae yang dijumpai di barat daya Australia Barat tidak dapat dijumpai di lain-lain tempat di dunia ini. Kawasan semak heath di sepanjang Great Ocean Road di Victoria merupakan tapak yang paling kaya dengan orkid di Australia.


Bunga liar adalah spesies yang terkawal di Australia, jadi jangan cuba memetiknya!










 Kaktus


                                                                                     



Kaktus adalah nama yang diberikan untuk anggota tumbuhan berbunga famili Cactaceae.
Kaktus dapat tumbuh pada waktu yang lama tanpa air.[1] Kaktus biasa ditemukan di daerah-daerah yang kering (gurun).[1] Kata jamak untuk kaktus adalah kakti.[2] Kaktus memiliki akar yang panjang untuk mencari air dan memperlebar penyerapan air dalam tanah.[1] Air yang diserap kaktus disimpan dalam ruang di batangnya.[1] Kaktus juga memiliki daun yang berubah bentuk menjadi duri sehingga dapat mengurangi penguapanair lewat daun.{[3] Oleh sebab itu, kaktus dapat tumbuh pada waktu yang lama tanpa air.








Morfologi
Kaktus termasuk ke dalam golongan tanaman sukulen karena mampu menyimpan persediaan air di batangnya.[5] Batang tanaman ini mampu menampung volume air yang besar dan memiliki bentuk yang bervariasi.[5] Untuk dapat bertahan di daerah gurun yang gersang, kaktus memiliki metabolisme tertentu.[5] Tumbuhan ini membuka stomatanya di malam hari ketika cuaca lebih dingin dibandingkan siang hari yang terik.[5] Pada malam hari, kaktus juga mengambil CO2 dari lingkungan dan menyimpannya di vakuola untuk digunakan ketika fotosintesis berlangsung (terutama pada siang hari).[5] Banyak spesies dari kaktus yang memiliki duri yang panjang serta tajam.[5] Duri tersebut merupakan modifikasi dari daun dan dimanfaatkan sebagai proteksi terhadap herbivora.[5] Bunga kaktus yang berfungsi dalamreproduksi tumbuh dari bagian ketiak atau areola dan melekat pada tumbuhan serta tidak memiliki tangkai bunga.


Sejarah
Penemuan tentang kaktus dipercayai telah dimulai lama sebelum bangsa Eropa menemukan Dunia Baru. [4]Namun, berbagai informasi mengenai tumbuhan tersebut hilang ketika terjadi penjajahan oleh Spanyol. [4]Referensi pertama mengenai tanaman kaktus ditemukan pada abad ke-16 di dalam bab 16 dari buku Historia general y natural de las Indias (1535). [4] Penulis buku tersebut, Hernandez de Oviedo y Valdez mendeskripsikan kaktus sebagai tanaman yang memiliki duri yang khas dan buah yang unik.[4] Sebagian besar spesies kaktus berasal dari Amerika Utara, Selatan, dan Tengah. [4] Genus kaktus pertama yang diimpor ke Eropa adalah Melocactus. [4] Seorang botaniawan asal Swedia, Carl Linnaeus, memberikan nama kaktus yang diambil dari bahasa Yunani Κακτος kaktos.[4] Dalam bahasa Yunani klasik, kata tersebut memiliki makna tanaman liar berduri.



Perangkap Lalat Venus


                                                                       


Perangkap Lalat Venus


Tidak ada satupun yang bisa menyangkal keindahan tanaman ini yang dikenal dengan  ‘Venus flytrap’ atau perangkap lalat venus .Sangat terkenal dengan salah satu tanaman yang paling indah di dunia, tanaman dengan species ini mungkin dilengkapi dengan perangkap terbaik yang ada dan sangat layak dipelajari dari seluruh jenid perangkap tanaman karnivora yang ada di seluruh dunia.Genus Dionaea terdapat hanya satu species saja, perangkap lalat venus ,merupakan tanaman rosette kecil yang memproduksi tunas dimusim semi(wicak).



Pergerakan cepat daun perangkap dari tanaman tersebut dengan cara jebakan jepret yang dilakukan bulu -bulu yang ada ditengah.Secepat mungkin mangsa terjebak perangkap langsung menutup ,dan mengamankan mangsa ; bagian lunak dipercah ,dicerna dan diserap . seluruh pencernaan akan selesai dalam kurun waktu 10 hari(wicak).



Pada masa sekarang , sangat sulit mengabaikan kebutuhan akan konservasi berbagai tanaman karnivora tersebut .semakin banyak yang tertarik dan berminat dengan keberadaan tanaman karnivora tersebut sehingga menimbulkan banyak kolektor tanaman jenis ini yang cenderung merusak habitat alami tanaman tersebut, yang sangat mempengaruhi keberadaan tanaman ini diluar sana.Jadi , dengan memerangi perdagangan liar dapat membantu kelangsungan hidup alami berbagai tanaman menakjubkan ini (wicak).



Implikasi: Terkadang keinginan kita untuk mengkoleksi tanaman hias hanya untuk menuruti keinginan dan hobby yang ada , akan tetapi tanpa menghiraukan kelangsungan hidup alami serta kesetimbangan ekosistem dari berbagai tanaman yang kita miliki. berbagai kolektor tanaman langka sangat bertebaran dinegeri ini cenderung menghalalkan berbagai cara untuk mendapatkan tanaman yang sedang digandrungi, kebanyakan yang diburu adalah tanaman  langka dan hampir mendekati kepunahan, karena disanalah menentukan kemahalan dan kekuatan koleksi dari sang kolektor tanaman tersebut. dengan artikel ini mudah-mudahan sebuah keputusan bisa diambil dan menjadi lebih bijaksan pada alam itu lebih baik untuk kelangsungan  bumi ini, hari ini esok dan selanjutnya(wicak).





Pokok Bunga Bangkai




"Pokok Bunga Bangkai" juga sering digunakan sebagai gelaran bagi patma raksasa Rafflesia arnoldii.


Pokok Bunga Bangkai  atau nama botaninya (Amorphophallus titanum Becc.) merupakan tumbuhan dari famili tempatan di Sumatera,Indonesia yang terkenal sebagai tumbuhan dengan bunga terbesar di dunia,meskipun catatan menyebutkan bahawa kerabatnya,A.gigas dapat menghasilkan bunga setinggi 5m.Namanya berasal dari bunganya yang mengeluarkan bau seperti bangkai yang membusuk,yang bertujuan sebenarnya untuk menarik kumbang dan lalat bagi pendembungaan bunganya.


Lain-lain


Di alam tumbuhan ini hidup di daerah hutan hujan basah.Bunga bangkai adalah bunga rasmi bagi Provinsi Bengkulu.


Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya yang muncul secara bergilir,fasa vegetatif dan fasa generatif.Pada fasa vegetatif muncul daun dan datang semuanya.Tingginya dapat menccecah 6m.Setelah beberapa tahun,organ vegetatif ini layu dan umbinya dorman.Apabila makanan di umbi mencukupi dan kitarannya cukup,bunga majemuknya akan muncul.Apabila jumlah makanan kurang daunnya tumbuh kembali.

Bunganya sangat besar dan tinggi,berbentuk seperti lingga yang dikelilingi oleh seludang bunga yang juga berukuran besar.Bunganya berumah satu dan protogini:bunga betina matang terlebih dahulu,lalu diikuti matangnya bunga jantan,sebagai mekanisme untuk mencegah pendebungaan diri.Hingga tahun 2005,rekod bunga tertinggi dipegang oleh Kebun Raya Bonn,Jerman yang menghasilkan bunga setinggi 2,74m pada tahun 2003.


Pada 20 Oktober 2005,mekar bunga dengan ketinggian 2,91m di Kebun Botani dan Hewan Wilhelma,Stuttgart,juga di Jerman.Namun demikian,Kebun Raya Cibodas,Indonesia mendakwa bahawa bunga yang mekar di sana mencapai ketinggian 3,17m pada tahun 2003.Bunga akan mekar untuk sektar seminggu,kemudian layu.Apabila buah terbentuk,akan terbentuk buah-buahan berwarna merah dengan biji di pada bagian bekas pangkal bunga.Biji benih ini dapat ditanam.Setelah bunga masak,seluruh bahagian generatif layu.Pada saat itu umbi mengempis dan dorman.Apabila mendapat cukup air,akan tumbuh tunas daun dan dimulaikah fasa vegetatif kembali.

Bunga bangkai sekarang telah tersebar di berbagai tempat di penjuru dunia, terutama dimiliki oleh kebun botani atau penanam khusus. Di Amerika, bunga yang muncul seringkali diberi julukan atau nama tertentu dan selalu menarik perhatian banyak pengunjung. Uniknya banyak pengunjung datang untuk "menikmati bau"nya.




Wednesday, May 30, 2012

Tumbuh-Tumbuhan


                                                                     Bunga Rafflesia


                                                            

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi namaRafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.



Ciri-ciri
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.

Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.





                                                 Baobab




                                                                    

Baobab atau ki tambleg adalah nama umum dari sebuah genus (Adansonia) yang terdiri dari delapan spesies pohon asli Madagaskar, Afrikadaratan dan Australia. Spesies Afrika daratan juga ada di Madagaskar, tetapi tidak asli negara itu. Nama umum lainnya adalah boab dan boaboa. Spesies ini mencapai tinggi antara 5–25 m. Mereka menyimpan air di dalam batang mereka, dengan kapasitas di atas 120.00 liter untuk bertahan dalam kondisi lingkungan sekitar mereka.