Bunga Liar
Bunga liar, termasuk bunga daisi yang tahan lama, menjadikan kawasan rumput savana yang kering di Australia hamparan warna mengikut musim. Dari bulan Jun hingga bulan September, kelihatan lebih daripada 12,000 spesies bunga liar berkembang merentasi Australia Barat. Dari hujung bulan Ogos hingga ke pertengahan bulan Oktober lebih daripada 100 jenis bunga liar boleh kelihatan di Pulau Kangaroo di Australia Selatan, ini menjadi keunikan pulau ini. Di Alps Australia, padang rumput alpine terhias dengan kuntuman billy button kuning, pokok bercetusan merah jambu serta bunga daisi berwarna perak dan putih sebaik sahaja salji mencair.
Flora Australia yang unik termasuk Proteaceae dari
keluarga Banksia (bottlebrush), Grevillea dan Telopea (waratah). Kira-kira 80
peratus tumbuh-tumbuhan dan hampir semua spesies Proteaceae yang dijumpai di
barat daya Australia Barat tidak dapat dijumpai di lain-lain tempat di dunia
ini. Kawasan semak heath di sepanjang Great Ocean Road di Victoria merupakan
tapak yang paling kaya dengan orkid di Australia.
Bunga liar adalah spesies yang terkawal di
Australia, jadi jangan cuba memetiknya!
No comments:
Post a Comment